Fifty Fifty

Fifty Fifty (Hangul: 피프티 피프티code: ko is deprecated ; RR: Pipeuti Pipeuti) ialah kumpulan gadis Korea Selatan yang ditubuhkan pada 2022. Mereka memulakan kerjaya pada 18 November 2022, dengan EP mereka The Fifty. Kumpulan ini terdiri daripada ahli: Sio, Saena, Aran, dan Keena, kuartet itu dibentuk oleh Attrakt, sebuah label rekod bebas. Kumpulan itu mengalami kejayaan komersil dengan single hit viral mereka "Cupid". Single itu, yang dikeluarkan pada 24 Februari 2023, menjadikan Fifty Fifty kumpulan K-pop terpantas memasuki US Billboard Hot 100 dan carta UK Singles hanya dalam tempoh empat bulan selepas debut. [1] Tambahan pula ia menjadikan mereka kumpulan gadis K-pop pertama yang memasuki sepuluh teratas carta UK.[2] Pada 2023, mereka menandatangani kontrak bersama dengan Warner Records.[2]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Fifty Fifty http://www.heraldpop.com/view.php?ud=2022111518420... http://www.kukinews.com/newsView/kuk202303280188 http://www.sportsseoul.com/news/read/1178217 http://www.starnewsk.com/news/articleView.html?idx... http://theattrakt.com/artists http://www.izm.co.kr/contentRead.asp?idx=31701&big... https://www.billboard.com/culture/tv-film/barbie-m... https://sports.chosun.com/news/ntype.htm?id=202211... https://sports.chosun.com/news/ntype.htm?id=202301... https://www.chosun.com/entertainments/broadcast/20...